BAB 3 : TEKNIK BERSALIN ALAMI

TEKNIK PERNAFASAN

Pernafasan semasa bersalin mempunyai seni yang unik. Teknik pernafasan yang baik dapat membantu wanita mengurangkan rasa sakit semasa bersalin. Bagi menguasai kemahirannya, seseorang perlu sabar dalam belajar dan berlatih khusus tentang kaedah ini. Seni pernafasan semasa bersalin adalah cukup halus dan tidak cukup andai mempelajarinya secara teori.

Teknik pernafasan ini perlu dipraktikkan secara konsisten sejak wanita itu baru disahkan hamil. Wanita hamil perlu pandai menyesuaikan diri dan keadaan semasa mahu berlatih kaedah pernafasan ini. Asas teknik pernafasan adalah bagi menenangkan perasaan. Dengan teknik pernafasan yang betul, mereka berjaya mengawal diri untuk bertenang dalam semua keadaan.

Sepanjang proses bersalin, banyak tenaga yang akan digunakan. Jika wanita bersalin tidak mempunyai tenaga yang cukup, maka proses bersalin akan terasa begitu lama dan ia suatu proses yang menyeksakan.

Salah satu teknik yang boleh digunakan oleh wanita bersalin untuk mengekalkan tenaga adalah bernafas dengan cara yang betul. Selain dapat mengekalkan tenaga dalaman, teknik bernafas yang betul juga dapat memastikan bekalan oksigen yang mencukupi ke seluruh anggota badan dan juga bayi.

Nasihat buat ibu hamil, belajar bernafas dengan tenang dalam semua keadaan. Baik semasa memasak, menaiki tangga atau sedang membuang air besar. Nampak remeh tapi ia sangat penting. Buat mengikut kemampuan masing-masing. Pengasas Hynobirthing, Marie F. Mongan telah menerangkan dengan jelas dalam bukunya yang bertajuk Hypnobirthing The Mongan Method tentang teknik pernafasan yang betul semasa hamil dan bersalin.

Pernafasan yang betul adalah yang menggunakan hidung sahaja. Bagaiaman? Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.

Tiga teknik bernafas dengan tenang yang digunakan dalam Hypnobirthing adalah Pernafasan Tenang (Calm Breathing), Pernafasan Semasa Kontraksi (Surge Breathing) dan Pernafasan Semasa Bersalin (Birth Breathing).


1.                  Pernafasan Tenang (Calm Breathing)



 Pernafasan cara ini adalah salah satu cara untuk menenangkan diri. Pernafasan ini digunakan semasa selang waktu antara kontraksi atau pada waktu meneran bayi dilahirkan.

LatihanBaca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.



2.         Pernafasan Semasa Kontraksi (Surge Breathing)


Pernafasan ini juga hanya menggunakan hidung sahaja. Pada setiap kontraksi, pernafasan jenis ini akan digunakan antara 2 hingga 3 kali.

Latihan Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.





No comments:

Post a Comment