BAB 2 : PERSEDIAAN ASAS

Pemakanan Semasa Mengandung


Pemakanan yang betul penting untuk memastikan perkembangan sihat janin di dalam kandungan. Janin di dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada ibu mereka untuk bekalam makanan berkhasiat.

Wanita hamil digalakkan tidak mengikut perasaan makan tanpa memikirkan kebaikan atau keburukan jenis makanan yang diambil. Penting untuk memastikan makanan yang diambil memenuhi keperluan tenaga, protein, vitamin dan garam mineral.

Digalakkan bagi wanita hamil makan makanan semulajadi dengan tahap minimum jika ia sudah diproses. Hal ini untuk memastikan tiada bahan sintetik yang berlebihan di dalam tubuh yang mengakibatkan kelemahan sistem tubuh seterusnya tidak dapat berjalan dengan baik.

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasullah S.A.W, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar. 

Selain itu,ia membantu merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma tersebut.

Konsep bersalin alami ini tidak dijamin berjaya sekiranya ibu tidak mengawal pemakanannya semasa mengandung. Bagaimanakah?

Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.


Comments

Popular posts from this blog

" Lepas baca ebook ni, saya rasa lebih tenang dan yakin... "

BAB 3 : TEKNIK BERSALIN ALAMI

KANDUNGAN EBOOK BERSALIN ALAMI