BAB 1 : PENGENALAN BERSALIN ALAMI

Kenapa Bersalin Akan Rasa Sakit?

Tapi ,mengapa proses melahirkan itu sakit? Hormon oksitoksin dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan seks dan menyusukan anak. Tetapi kedua-duanya tidak menyakitkan. Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta seperti yang telah dijelaskan dalam topik sebelum ini.

Menurut fisiologi kelahiran (labour), hormon yang terlibat dalam menghasilkan kontraksi dan permulaan proses bersalin adalah oksitoksin, beta endorfin dan prostaglandin. Hormon oksitokin adalah hormon yang sangat istimewa kerana dengan rembesannya dapat meningkatkan pain threshold (mengurangkan rasa sakit), menyebabkan susu terus keluar selepas keluarnya bayi, menjana minda positif, meningkatkan sel-sel imun dalam badan dan mempercepatkan kelahiran.

Hormon beta endorphin adalah asid amino 31 peptide yang berfungsi seperti morfin dalaman. Ia mewujudkan keadaan separa sedar dan seterusnya memberikan rasa ‘tumpul’  kepada sakit yang dialami. Ancaman-ancaman negatif dari luar mengganggu rembesan hormon ini. Jikalau si ibu berseorangan atau bersama orang yang sangat dipercayainya, maka hormon ini akan dirembes dengan banyak. Perembesan hormon ini memerlukan situasi yang sangat tenang dan dalaman yang tanpa rasa takut dan risau.

Turut menjadi faktor, daya tahan sakit seseorang yang dipengaruhi oleh karektor individu tersebut. Bagaimanakah?

Baca lebih lanjut dalam Ebook Bersalin Alami. Miliki Sekarang.



Comments

Popular posts from this blog

" Lepas baca ebook ni, saya rasa lebih tenang dan yakin... "

BAB 3 : TEKNIK BERSALIN ALAMI

KANDUNGAN EBOOK BERSALIN ALAMI